Berusaha demi mencapai cita2

Berusaha demi mencapai cita2

Sunday, August 29, 2010

Karya Agung Aniex!!!

SINOPSIS

Karya ini mengisahkan liku2 hidup seorg jejaka nya dalam mencari satu hala tuju yang terbaik pernah dia impikan.. Namu, Pelbagai kisah dugaan dan kisah sedih, tragis, percintaan, persahabatan, keegoaan, misteri, kelakar dan emosi. Ia membabitkan 3 rakan baiknya yang sentiasa berada di sisi sehingga ada perpecahan, penemuan kembali dan penambahan.

Kelemahan/Kekuatan cerita

Cerita ini ada juga bersangkut paut dgn kisah sebenar Aniex. Tapi, ia ditokok tambah dan dicampu aduk dengan ramuan kebiasaan jalan cerita novel2 lain. Jika ada persamaan dengan cerita novel kebanyakan, minta maaf. Mungkin ia terikut-ikut. Namun, Aniex akan cuba menghasilkan yang asli dan lain daripada lain.

Episod

Aniex akan cuba mencapai episod yang ke 100 atau lebih. Maximum nya... belum pasti

Ending Cerita

Opsss... Mari kite ketahuinya bersama


Watak Hero: Ahmad Hafiy (Frezy Neo)

Berakhirnya Sebuah Diari....

Good Days all.... Aniex ingin memberitahu bahawa sempena penghijrahan nukilan Aniex, Aniex dalam perancangan untuk menaip sebuah novel dalam versi blog. Aniex telah membuat keputusan untuk menghentikan diari Life with Aniex dengan rasminya pada bulan merdeka ini. Bukan Aniex xnak sambung perjuangan Diari ini. Aniex ingin meneruskan cita-cita Aniex sebagai penulis novel walaupun tidak bertauliah. Dengan ini, Aniex boleh berkongsi pengalaman dan hasil nukilan Aniex.


Cerita ini masih dalam pembikinan dan ada masalah teknikal sedikit kerana kos mase dan idea. Sekarang Aniex bersedia untuk menghasilkan sebuah karya agung yang Aniex nantikan.

Semoga ia dapat diterima semua lapisan masyarakat.... Good Bye!!!

Wednesday, August 25, 2010

150 Juta kali ... Yop



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Monday, July 19, 2010

Keadaan KL Bile Kala Pukul 0530pm....




Hohoho... mcm ni lh hari2 keadaan di KL bile kala selepas pukul 530pm. huhuhu. Very2 traffic jem. Biase nih. Kalau 5 tahun akan datang??? jahanam lorr. Kalu ade alternatif jalan atas langit, ok gak. Huaaarghhh!!!

Saturday, July 17, 2010

Bersendirian berfikir.....

Halo... sabtu mlm ahad.... Aniex cume nak bersenderian sambil siapkan document yang nk di submit hari isnin ini. Very rushing this week. Byk mende nk kene prepare next week plak. Nak hujung bulan doh?? Arggghhh... tide sungguh. Esok ade meeting dgn group Aniex tuh. Selamat sempat prepared some document utk rujukan. Good Luck.

Sambil2 Aniex buat job nih, Aniex nk update blog Aniex. Aniex dah tukar template, and design blog Aniex. Harap2 best. Maybe untuk sementara kot. Aniex pilih color nih sbb Aniex minat sungguh color ungu. Very cool and tenang......

Dengar2 company nk buat trip ke Bali, Indonesia. Wahai En. Syahrul (Admin SPI), tolong confirmkan ek. Dijangka lepas raye nk buat trip nih. Aniex x sabar2 nk bercuti nih. Kemana tercampak pun kami, kami bahagia. Asalkan tempat yang x boleh perabih duit seperti dkt sgn shopping complex. Confirm bungkus. Sebelum ni, Aniex pergi bujang. Sekarang, Aniex nk bawak family Aniex plak. Dah lame kami x pegi bercuti. Seronoknya. Kalau Kengkawan ade pakej yang menarik tuh, boleh lh lobi Aniex. Hehehe....

Byk lg yang Anix terfikir nih. Aniex bercadang nak melabur dkt ASB. Aniex tengah pikir, nak ambik yg mane satu, versi 1 atau versi 2.

Versi 1
Tidak terikat dgn mane2 pinjaman dan bebas membuat byran bulanan.

Versi 2
Terikat dengan pinjaman dan rate tetap byran bulanan.

Which one, ek??? Help... Wife cadang ambik versi 1. Aniex rase, ok jew sebb xperlu bebankan pinjaman yg sedia ada. Nanti masalah nk beli rumah pulak.

Rumah??? Aniex cadang lagi 5 tahun. Maybe time tuh dah senang sikit. Aniex skrg tgh cari sales target. Huhu... Berusaha, Chaiyok!!!

Berkenaan wife Aniex, die nk sambung belajar tahun depan. Huhu... Aniex akan lepaskan wife Aniex untuk sambung blajar. Aniex kene cari duit lebih lg lorrr. Nak tanggung anak bini. Niat dihati, Aniex xnak die keje langsung, tapi dah hidup dkt KL nih, kene saling membantu lorr. Kalau x, miss soru tuh. Skrg tengah cari peluang perniagaan yang sesuai dgn masa Aniex. Sori kerane menyusahkan baby and Iman.

Setakat sini shj. Aniex harap meeting esok berjalan lancar. Begitu jugak submission isnin nih. Cahiyok!!!

Sunday, July 11, 2010

Teringat zaman2 kecik 80an dan 90an

Aniex nak kongsi satu artikel dari Cerita Blues Zaman Dulu. Very2 touching and meaningfull. Aniex x sangka yg Aniex dah pun lalui zaman2 nih.


Cerita blues zaman dulu


Mesti korang teringat gi skolah masa sekolah rendah dulu bawak 30 sen jer. Bawal bekal air, nasik kicap dan ikan goreng. Nasik lemak kat kantin sekolah 20 sen, air spuloh sen. Cukup. Kalau cikgu suruh bawak gam, kita suruh mak kita masak tepung kanji. Ingat tak dulu kita buat buah durian dengan kertas minyak, kita balut pada belon.. batang betik, pelepah pisang, ubi kentang kita ukir jadikan corak masa kelas lukisan. Korang tak ingat eh?

Kita pegi kedai beli chikedis, Mamee, Ding Dang mat sentul, Kum Kum, Bubbleyum, sugus… ice cream batang 10 sen yang ada asam masin dalam tu. Ingat tak kita makan jambu batu dengan asam masin. Gang-gang lelaki dulu kita kumpul gambar pemain bola masa musim piala dunia dulu. Ingat tak Maradona, Zico, Kevin Keegan, Michel Platini, Karl-Heinz Rummenigge. Ingat tak Road to Wembley atau Big League Soccer? Aduhai.. ingat tak kita buat 11 ‘pemain’ bola dengan lipatan manila card dan kotak kasut, kita buat tiang gol pakai kertas, kita tulis no dan nama pemain bola kesukaan kita atas card ‘pemain’ kita. Kita jadikan buah ceri atau kapur sekolah sebagai bola.

Cuba flashback semula rancangan TV yang menjadi kegemaran kita pada masa tu.. Captan Future, Marco, Ultraman, Sinbad, Popeye the Sailorman. Adeh aku tengok cerita Marco tu pun sampai menitik air mata. Wahaha..

Hari Jumaat, malam selepas berita TV kita akan layan Tayangan Minggu Ini, filem Melayu. Abis filem Melayu tu kita tengok cerita Pattenplace ke apa nama dan ejaannya aku lupa. Ingat tak cerita Little House on the Prairie, atau Donny and Marry, atau cerita polis Chips? Atau cerita Dallas? Hart to hart? The Incredible Hulk, The Six Million Dollar man, The Greatest American Hero, Charlie Angels.. mungkin bebudak hari ni ingat Charlie Angels tu cerita baru.. huhuhu. Masa tu ada Drama minggu ini, puspawarna, PJ1 – ceh cerita ala Dallas ni, Opah.. apa lagi eh daya ingatan aku pun dah semakin lemah di makan usia.

Tengok TV1 dan TV2 jer, mana ada ASTRO pun. TV3 start 1984. Siap letak kuali kat antenna nak cari TV3. TV kaler hitam putih. Remote control pun masih takde lagi. Pagi-pagi takde siaran TV, kita tengok TV pendidikan. Pukul 3 petang baru ada siaran TV.. kuno betul kan.



Waktu petang apa yang kita main, main bola satu gol, rounders, konda kondi, galah panjang, polis sentri, congkak, baling selipar pada tin susu yang kita susun bertingkat dan main tudung oren. Batu seremban aku tak main, geli. Kita buat layang-layang, kita bikin lastik kita lastik burung. Orang tua marah kita, dia kata dia nak lastik burung kita. Kita masuk hutan, kita mandi sungai, cari ikan skila (ikan pelaga), kita laga ayam.. ahaha. Ingat tak kita main getah gelang yang diikat panjang apa kenama permainan tu Zero Point ka apa, start dari bawah, angkat getah ke lutut, pinggang, ketiak, bahu sampailah ke kepala, kita main lelaki lawan perempuan. Syoknya kita tengok bila budak-budak perempuan lompat getah panjang tu. Kadang-kadang kita main PS2.. perhhh pigidah mana ada semua tu. Kita buat senapang kayu, letak getah gelang di muncung senapang dan tarik sampai ke picu. Buah ceri dan buah terung pipit.. kena tembak auww.. akit nye.

Ingat tak lagi, kita main tepuk daun terup kecik, kalau gambar daun terup tu terlungkup ke bawah kita dikira kalah, daun itu jadi hak kawan kita. Kita lawan guli, kita lawan getah gelang yang diletakkan atas dua batang kayu macam tiang gol kecik tu, kalau getah tu jatuh ke tanah, getak gelang tu jadi hak milik kita, kalau getah tersebut tersentuh tiang gol tidak di kira, kita kata ‘karan’.. kecik-kecik kita pun dah berjudi.. huhuhu.

Dulu kalau nampak pelangi jangan tunjuk nanti kudung tangan, sampai hari ni aku tak tahu apa motif pesanan orang-orang tua masa tu. Jangan main waktu senja nanti kena mata hantu, jangan duduk atas bantal nanti naik bisul, jangan baring dan angkat kaki nanti mak mati.

Ingat tak zaman kita bersunat dulu, bersunat takde bius dik.. belasah jer.. aduhaii ni semua sebab nak peluk perempuan punya pasal. Kita gantung kain buat khemah untuk budak kecik yang dah botak tu, standby tempurung kelapa untuk ketuk kepala lutut.. wahaha pedihh pedihh. Masa sembahyang di surau kita kena duk kat saf belakang sebab kita ni tak sunat lagi.. sebab masih berkulup.

Apa pantun yang kita belajar dulu?
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas..

Masa kat sekolah rendah tu, setiap hari Isnin kita berhimpun, tangan atas bahu orang depan. Kita nyanyi lagu Negaraku version yang mengantuk tu sambil kawan kita naikkan bendera. Zaman jahil kita tu kita pakai seluar pendek biru dan baju putih. Aweks pakai blous biru, baju putih juga. Biasalah kita skodeng aweks tu kan. Mana ada baju kurung, tudung litup semua tu. Kita suka match kan kawan-kawan kita, Ali nak kat Siti, Abu nak kat Ani. Nak apa tu, bersunat pun belum. Kita ada adik angkat, abang angkat dan kakak angkat.. sampai terangkat-angkat.

Ingat tak dulu kita biasa kena cubit, kena ketuk kepala, tarik telinga, pulas perut, kena penampo, cubit ketiak, henjut telinga. Berdiri atas kerusi, atas meja, kerusi atas kepala kita, kalau kita tak buat kerja rumah. Ingat tak roti panjang, pembaris kuning kesayangan cikgu untuk pukul kita. Apa syllabus kita dulu.. Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Kajian Tempatan, Tatarakyat, Tulisan Jawi. Karektor yang mungkin kita masih ingat kisah Pakcik Kordi dengan basikalnya yang kebiru-biruan.. haha.

Cikgu tanya kalau besar nanti kita nak jadi apa, kita jawab kita nak jadi polis, askar, cikgu, peguam. Aku jawab aku nak jadi doktor haiwan, sebab aku suka operate katak dan tikus. Kawan aku cakap nak jadi posmen.. hehehehehe

Bunyi loceng rehat kita tak rehat tapi kita main galah panjang, rounders bila masuk kelas semula mak aii bau hangit. Tengok kat koler baju mak aii hitam dengan daki.

Itu cerita lama kita, kawan-kawan kita dulu entah kemana. Hari ni ada kawan-kawan kita yang jadi businessman yang berjaya, ada yang jadi kuli. Ada yang berjaya dalam hidup dan ada yang dah balik jumpa Tuhan. Ada kawan kita yang tersesat jalan dan tak jumpa jalan pulang. Sedih kan bila tengok nasib mereka, masa kecik-kecik dulu kita sama-sama bermain tapi bila dah tua ni kita tak mampu nak tunjukkan jalan pulang untuk mereka.

Kawan-kawan sepermainan kita mungkin semuanya sudah berkeluarga dan punyai anak-anak. Kalau kita masih boleh berjumpa dengan mereka, pastinya cerita lampau yang kita bualkan. Kalau lah kita mampu untuk kembali ke zaman tersebut...

Cerita Blues Zaman Dulu

Tuesday, June 29, 2010

Aniversary yg ke-2

Pejam celik pejam celik... dah 2 tahun kami kawin. Pada 30hb Mei 2010 genaplak aniversary kami yg ke-2. Aniex kecewa sebab xdpt memberi yg terbaik utk wife Aniex. Sedey... TIme tuh Aniex dpt present dr wife Aniex iaitu seutas jam tangan, tali pinggan and dompet. TQVM my wife. Aniex z dpt timing yg sesuai dptkan present utk My wife. sorry sorry sorry....

Wife: Abg, selamat hari Aniversary yg ke-2!!
Aniex: Ek, selamat (dah kesuntukan mase dpt kn hadiah)
Wife: Ini present bby utk abg (sambil menunjuk kan hadiah tersebut)
Aniex: TQ... (Rase terharu)
Wife: Abg x belikan ape2 utk bby?
Aniex: Huh... jom bercuti dulu... nnti abg dptkn.
Wife: bercuti kt mane?
Aniex: Ek... Terengganu
Wife: Please find hotel within our budget
Aniex: ok


Sambil surve internet, dok cari hotel yg sesuai. Col mmber owner Batu Burok Beach Resort. Hampeh, semuenye full. Huh... Aniex kecewa dan rase x tenteram. Last-last...

Aniex: bby...
Wife: yup
Aniex: Abg gagal dlm pencarian hotel di terengganu... semuenye fully in book.
Wife: so? (Sedey)
Aniex: Kite balik kg kelate deh.. follow Abah
Wife: Ok jew...


Kesudahan... Aniex balik kg di Kelate. Walaupun x terancang, tp itu jew yg Aniex dpt fikirkan skrg. Mcm2 aktiviti kami buat... beli belah, mandi sungai, jalan2... mcm ada.

Kali ni Aniex harap dapat berikan yg terbaik... tunggu harijadi mu bby.


Sekian