Berusaha demi mencapai cita2

Berusaha demi mencapai cita2

Sunday, August 29, 2010

Karya Agung Aniex!!!

SINOPSIS

Karya ini mengisahkan liku2 hidup seorg jejaka nya dalam mencari satu hala tuju yang terbaik pernah dia impikan.. Namu, Pelbagai kisah dugaan dan kisah sedih, tragis, percintaan, persahabatan, keegoaan, misteri, kelakar dan emosi. Ia membabitkan 3 rakan baiknya yang sentiasa berada di sisi sehingga ada perpecahan, penemuan kembali dan penambahan.

Kelemahan/Kekuatan cerita

Cerita ini ada juga bersangkut paut dgn kisah sebenar Aniex. Tapi, ia ditokok tambah dan dicampu aduk dengan ramuan kebiasaan jalan cerita novel2 lain. Jika ada persamaan dengan cerita novel kebanyakan, minta maaf. Mungkin ia terikut-ikut. Namun, Aniex akan cuba menghasilkan yang asli dan lain daripada lain.

Episod

Aniex akan cuba mencapai episod yang ke 100 atau lebih. Maximum nya... belum pasti

Ending Cerita

Opsss... Mari kite ketahuinya bersama


Watak Hero: Ahmad Hafiy (Frezy Neo)

Berakhirnya Sebuah Diari....

Good Days all.... Aniex ingin memberitahu bahawa sempena penghijrahan nukilan Aniex, Aniex dalam perancangan untuk menaip sebuah novel dalam versi blog. Aniex telah membuat keputusan untuk menghentikan diari Life with Aniex dengan rasminya pada bulan merdeka ini. Bukan Aniex xnak sambung perjuangan Diari ini. Aniex ingin meneruskan cita-cita Aniex sebagai penulis novel walaupun tidak bertauliah. Dengan ini, Aniex boleh berkongsi pengalaman dan hasil nukilan Aniex.


Cerita ini masih dalam pembikinan dan ada masalah teknikal sedikit kerana kos mase dan idea. Sekarang Aniex bersedia untuk menghasilkan sebuah karya agung yang Aniex nantikan.

Semoga ia dapat diterima semua lapisan masyarakat.... Good Bye!!!

Wednesday, August 25, 2010

150 Juta kali ... Yop



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..